Bagaimana program berfungsi

Fungsi program:


Menjadi perantara dalam 1 komuniti rangkaian besar ejen-ejen dropship dan bisnes online. Melalui program richfinity yang dikelola oleh syarikat Million Mind Resources, setiap ahli berdaftar boleh secara tidak langsung menjadi ejen jualan produk-produk yang dijual oleh ejen dropship dan bisnes online yang lain. (Lihat gambarajah)


Sebagai ahli richfinity ahli yang berdaftar secara automatik mendapat persetujuan dari ejen dropship dan bisnes online yang juga menjadi ahli berdaftar richfinity untuk mempromosi dan menjual produk yang dijual mereka tanpa membayar yuran dropship.

Ini bakal mewujudkan situasi menang menang (win win situation) apabila ejen produk lain boleh juga menjual produk yang lain atau yang belum pernah menjadi ejen juga boleh menjual produk produk ini tanpa membayar yuran dropship dan yuran pendaftaran ahli kepada syarikat-syarikat berkenaan.



Ahli yang menjual produk dari ejen lain akan menerima keuntungan atau komisen dari jualan produk dan ejen produk tersebut pula akan meningkat jumlah sales melalui jualan ahli lain. Segala insentif jualan, hadiah dan bonus dari syarikat berkenaan adalah kepunyaan dan kelayakan untuk ejen produk berkenaan.

Syarikat Million Mind Resources sebagai pengelola program Richfinity menjadi perantara diantara kesemua transaksi ini untuk memantau aktiviti ini berjalan lancar dengan profesional dan beretika. Sebarang penyelewengan dari mana-mana pihak akan diambil tindakan penggantungan keahlian atau pembatalan keahlian serta merta.

Created by MMR admin